Tiada tarikh tamat bagi Memorandum Persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik di antara kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan kata Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU itu Tan Sri Annuar Musa.<br /><br />Sebaliknya, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata mou tersebut menyatakan bahawa kerajaan dan ph bersetuju untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum 31 Julai ini.
